love the way you are

the owner!

welcome to my site , do follow , and enjoy my story :D


Entries About Linkies Stuff


Chatting

Put your CBOX codes here! allright?

Credits!

Template: zaatboy boy
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others: ♥ ♥ ♥

august love

pertama kali aku melihat kau di depan kelas ku , berdebarnya hati ini , terasa macam sesuatu yang berlainan setiap kali aku melihat kau , adakah ini di nama kan cinta , ? aku masih muda untuk mengenali erti cinta , tapi setiap kali kau muncul degupan jantung ini semakin kencang , seperti mahu gugur dari pemegangnya ,

fatthi ; wey kau tengok apa tu , awat termenung je dari tadi aku tengok kau , kau sihat ke tak ? risau    dibuatnya aku tahu tak , 

sofie ; aku tak tengok apa-apa pon , aku cuma terfikir sesuatu akhir-akhir ini , 

fatthi ; apa yang kau fikirkan wahai secomel aku ni , apa yang buat kau mengelamun sampai ke lautan india ni   sofie  ?

sofie ; aku terfikir akan seseorang yang hadir dalam mimpi aku tempoh hari , aku rasa orang tu sangat dekat dengan aku , semakin hari semakin aku ingin tahu siapakah jejaka yang berada di dalam mimpi aku tu , tapi setiap kali aku cuba mencari jawapan nya , aku tenggelam dalam lamunan yang tiada penghujung 

fatthi ; kau ni , penat sangat mungkin , sampai terbawa-bawa fairytale kau tu , aku tahu kau suka berangan , tapi tak payah lah sampai kau anggap semua ni reality , dah dah , jom kita ke perpustakaan , sudah lama aini tunggu kita berdua , besar marah nya nanti tunggu lama-lama

setiba di perpustakaan 

aini ; tak ada lama lagi ke korang berdua nak suruh aku tunggu di sini , nak kematu bontot ni tunggu tahu tak 

fatti ; kau ni aini , macam tak kenal pula perangai si sofie ni , bila datang menggelamun dia , semua dia tak perasan , sampaikan aku tegur pon dia masih blur-blur ayam , 

aini ; dah lah , jom kita siapkan kerja ni , biarkan si sofie tu ,

aku duduk jauh dari kawan-kawan aku tu , bukan kerana menyendiri , tapi aku hanya ingin bersendirian memikirkan siapakah jejaka didalam mimpi aku tu ,

fatthi ; yeahhh , siap juga akhirnya kerja yang cikgu bagi ni , susah juga mahu siapkan , hey sofie , kau masih mengelamun lagi ke ? dah siap belum kerja yang cikgu rani bagi ni , kau jangan lah tak siap lagi , nanti kena denda diri atas kerusi , kau nak ke ?

sofie ; dah siap dah lah , jangan risau , nah amiklah , simpan sekali , aku nak balik , tak ada mood ni , bye fatthi and aini , jumpa esok ,

sedang aku berjalan keluar dari perpustakaan sekolah , tiba-tiba aku dengan tidak sengaja melanggar seorang budak lelaki , kertas yang di pegangnya habis bersepah di lantai , dengan rasa sebersalah , aku pon menolongnya mengutip semua kertas tersebut , bila aku angkat muka , aku terkejut , rasa macam mimpi , budak lelaki yang berdiri depan aku ni ialah budak lelaki yang buat jantung aku berdegup kencang semasa pertama kali aku ternampak nya di berdiri di depan kelas aku ,

ami ; hey , awak tak apa-apa , ?

sofie ; eh , erm , saya , tak apa-apa , saya okay je , tak cedera , tak sakit , nah ini kertas awak , maaf terlanggar awak dengan tak sengaja , saya nak cepat tadi

ami ; tak apa , janji awak okay , kertas tu kalau bersepah boleh kutip kan ,

sofie ; hah ya tak ya juga kan , lupa pula , -malunya aku macam mana boleh terlanggar dia-

ami ; nama saya amirul , panggil ami saja , selamat berkenalan , ;)

sofie ; -ya ALLAH comelnya senyuman dia- erm okay , panggil saja sofie , okay lah , saya kena balik ni , maaf

dalam perjalan balik tu , aku terfikir , kenapa jantung aku berdegup kencang bila dekat dengan dia , bila ternampak dia , adakah aku suka dia , adakah aku minat dia , ya ALLAH tolong lah hambamu ini , aku tak tahu kenapa sejak pertama kali aku nampak dia aku mula memikirkan sesuatu yang mustahil untuk berlaku ,

banyak perkara yang bertentangan antara kami , aku budak biasa ,di sekolah , kemungkinan tiada orang pon kenal aku , malah dia adalah budak terHOT di sekolah dan juga pelajar cemerlang di sekolah , kawan kawan dia semua anak orang berada , termasuklah dia , aku hanyalah anak kepada seorang pengusaha tanah terbiar , berapa lah sangat kemewahan yang boleh aku perolehi , hanya cukup pakai dan makan saja ,

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

selamat pagi cikgu rani

okay kalian semua boleh duduk , baiklah hari ini saya nak kutip kerja yang saya berikan semalam , tolong hantarkan ke depan , sesiapa yang tidak siap , tidak hantar , berdiri di depan kelas sambil pegang papan tanda ni -SAYA PEMALAS , SAYA TAK SIAP KERJA CIKGU RANI , SAYA JANJI LEPAS INI SAYA AKAN JADI BUDAK YANG RAJIN, IKHLAS DARI PELAJAR YANG SERING TAK SIAP KERJA-

tiba-tiba kedengaran suatu suara dari belakang memanggil nama ku

aini ; sofie , sofie , mari sini sekejap , wey kau salah buat lah , ni kerja yang lepas , ishh , kau ni aku dah pesan siapkan semalam , kenapa kau mengelamun jek hah, kau ni memalukan diri sendiri , kalau aku tahu kau tak siap lagi , aku tak bagi kau balik semalam , tahu tak

aini menghempaskan buku aku di atas meja sambil muka nya merah padam kerana tahan geram dengan sikap aku yang tak berubah ini ,

cikgu memnggil ku , dan bertanya tentang kerja yang diberinya , dengan selamba aku menjawab aku tak siap , dan bersiap sedia di denda,

sedang aku berdiri di depan kelas sambil memegang papan tanda tu tiba-tiba


-hah nak tahu apa yang terjadi kepada sofie, nantikan episod seterusnya